Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Suspek Kes Bunuh Kakitangan...

KUALA TERENGGANU - Suspek kes bunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di...

LGE Antara Degil Auta...

DUA hari lalu berlaku pengundian supaya Sales Tax Bill dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan...

Kafe Terbakar, Lapan Maut...

TEHRAN - Lapan orang terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran,...

Kementerian Pertahanan Diarah Gerakkan...

BESUT : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Pertahanan...

Bomba Perluas Operasi SAR Cari 3 Lagi Mangsa Hilang

KUCHING – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa bot panjang karam di Long Buyun dekat Belaga Selasa lalu, diperluaskan sehingga ke Punan Bah kira-kira sejam perjalanan menaiki bot dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata operasi hari ini akan turut melibatkan pertambahan aset iaitu sebuah lagi bot bagi membantu gerakan SAR.

“Operasi SAR bermula 7 pagi tadi melibatkan 65 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi dan sukarelawan,” katanya ketika dihubungi.

Farhan berkata operasi SAR turut melibatkan Unit Udara Bomba menggunakan helikopter MI-17.

Dalam kejadian 7 malam kelmarin, sebuah bot panjang yang dinaiki sembilan orang, seorang lelaki dan lapan wanita dalam perjalanan dari pekan Belaga ke Rumah Tanjung di Long Pawah karam berhampiran Long Buyun.


Lima mangsa, seorang lelaki dan empat wanita terselamat, bagaimanapun empat mangsa perempuan hilang dalam kejadian tersebut.

Satu mayat mangsa tragedi tersebut, Sahirza Mahir, 31, dari Sipitang, Sabah sudah ditemui pagi semalam.

Tiga lagi mangsa, Sumitasen Thomas, 15, Adriana Rosnah, 12, dan Nur Amirsha, 4 tahun, belum ditemui.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]sjQvFCMTQw8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori