Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Tanpa Biji Mata...

BESUT - Satu mayat lelaki tanpa pakaian dan kedua-dua biji mata ditemui terdampar...

Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia...

MERUDUM... MIDF Research menjangkakan keyakinan perniagaan terhadap prospek ekonomi Malaysia untuk tempoh tiga...

Drama Gelak ‘Politik Mual’...

SANDIWARA... Mereka mampu gelak besar tetapi dengar cerita, ramai pemerhati politik juga gelak...

Felda United Gagal Manfaat...

SHAH ALAM - Pasukan Felda United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri...

Budak Ditemui Lemas Dalam Kolam

Keningau – Kanak-kanak lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun ditemui mati dipercayai lemas dalam kolam di Kampung Jaya Baru, dekat sini, tengah malam tadi.

Mayat mangsa, Sean Rysten Wilfred ditemui sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau pada 12.21 tengah malam sebaik menerima laporan mengenai kejadian orang hilang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan orang hilang kira-kira 10 malam tadi.

“Berdasarkan laporan yang dibuat, 10 anggota bomba dari BBP Keningau dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada 10.13 malam operasi pencarian dilakukan di kawasan belukar dan kolam ikan yang berhampiran dan hampir dua jam usaha mencari dijalankan akhirnya mangsa ditemui di dalam kolam dipercayai lemas dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa yang juga OKU dihantar ke Hospital Keningau menggunakan ambulans Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) dan operasi ditamat 12.46 tengah malam tadi. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori