Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Graduan UNiMAP Tumpuan Pihak...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyifatkan graduan dari...

Beri Perhatian Aspek Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Dr Marimuthu Nadason...

Mahfuz Omar Biadap, Kaitkan...

KUALA LUMPUR - Pembangkang bersikap melampau apabila cuba mengaitkan desakan ke atas Menteri...

Luahan Bapa Calon UPSR...

TATKALA timbulnya isu kebocoran kertas UPSR baru-baru ini, pelbagai cerita dan pendapat timbul...

Buru Dalang Sebenar Kegiatan Pemerdagangan Manusia

MIRI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu ejen dan sindiket bertanggungjawab menjalankan kegiatan penyeludupan pekerja asing tanpa izin (Pati) ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa bukan sahaja memberi tumpuan kepada penangkapan Pati tetapi mereka yang dilimpahi kemewahan dengan mengeksploitasi pekerja asing.

“Dalang sebenar dalam kegiatan penyeludupan manusia di Malaysia bukan Pati.

“Mereka (Pati) menjadi mangsa.

“Dalang sebenar adalah ejen dan sindiket yang mengeksploitasi warga asing ini, yang memegang pasport pekerja-pekerja ini dan yang mendapat keuntungan dengan menggambil kesempatan terhadap golongan ini,” katanya pada Sabtu.


Dr Ahmad Zahid yang berada di utara Sarawak sempena rangka lawatan dua hari itu berkata beberapa individu yang bertanggungjawab dilimpahi kekayaan menerusi aktiviti ini.

“Ada juga yang mempunyai gelaran ‘Datuk Seri’,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen 2015 di sini, Sabtu. – mStar

[wpdevart_youtube]dVPxPJNHHjs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori