Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Aliff Aziz Belasah Bini,...

KECOH terkini digemparkan dengan isu Aliff Aziz memukul isterinya, Bella Astillah berikutan penyanyi...

Anggota Paskal Maut Terkena...

SEORANG anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) maut selepas terkena bom ikan di Sungai...

Ana Raffali Kini Bergelar...

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana...

Kadar Pesakit Sembuh Koronavirus...

PUTRAJAYA - Bilangan keseluruhan pesakit yang sembuh daripada jangkitan koronavirus lebih tinggi berbanding...

Cadangan Pemakaian Peranti Bagi Tahanan POTA – Nur Jazlan

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk memakaikan Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) kepada tahanan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata langkah itu adalah sebahagian daripada proses memantau program diradikalisasi dan pemulihan yang dijalankan terhadap semua suspek yang terlibat dengan aktiviti keganasan termasuk kumpulan militan IS.

“Setakat ini belum ada lagi tapi kita akan pakaikan EMD supaya kita tahu di mana mereka pergi dan kita boleh pantau program pemulihan mereka dengan lebih rapat,” katanya ketika menjawab soalan Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu langkah pemantauan susulan KDN bagi memastikan program diradikalisasi dan pemulihan pejuang IS dan Syria mencapai matlamat.

Nur Jazlan turut menyarankan agar kumpulan militan IS tidak lagi dirujuk sebagai IS tetapi digelar ‘Daulah Islamiyyah al-Iraq al-Syria’ atau ‘Daisy’ kerana mereka tidak langsung mengambarkan ciri-ciri ke-Islaman dalam tindak tanduk mereka.

Beliau berkata seramai 72 orang rakyat Malaysia dikesan terlibat dengan aktiviti keganasan di Iraq dan Syria dengan 58 daripada mereka merupakan golongan lelaki manakala 14 orang adalah wanita, sehingga November tahun ini.


“Daripada jumlah itu, seramai 51 orang masih berada di sana, 14 orang telah meninggal dunia dan tujuh orang sudah pulang ke Malaysia dan sudah ditangkap dan didakwa di Mahkamah,” katanya.

Beliau berkata sehingga 18 November lepas, tujuh orang yang ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana berjuang dan mengangkat senjata bersama IS kononnya atas nama jihad.

“Dua daripadanya telah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan atas kesalahan mengalakkan orang meninggalkan Malaysia untuk menyertai aktivtii keganasan dan baki lima orang masih dibicarakan di mahkamah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]uBaFoy-6g0w[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori