Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dividen ASB 4.6 Sen,...

PETALING JAYA : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen...

Aliff Syukri Mengamuk Dilabel...

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecapi pengasas produk kecantikkan dan penjagaan kesihatan D’Herbs, Datuk...

Pendaftaran Perikatan Nasional Sudah...

KUALA LUMPUR - Parti Perikatan Nasional (PN) sudah didaftarkan dengan sijil pendaftaran bernombor...

Pelakon ‘Leftenan Adnan’ Kini...

PERKONGSIAN seorang pengguna Grab Car yang terkejut apabila menyedari pemandunya adalah pelakon terkenal...

Cadangan Mara Digital Mall Di Anggerik Mall Sedang Dibincang

SHAH ALAM – Cadangan untuk mewujudkan Mara Digital Mall di pusat beli-belah Anggerik Mall di sini masih dalam peringkat perbincangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia berikutan pusat beli-belah di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor itu mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan sejumlah besar petak ruang jualan gajet dan telefon bimbit.

“Kita (kementerian) masih berbincang (dengan pihak pengurusan Anggerik Mall) untuk menyediakan pusat jualan gajet dan telefon bimbit kerana kita lihat pusat IT (teknologi maklumat) mampu menarik pengunjung terutama golongan muda untuk berkunjung ke sini.

“Bagaimanapun, ruang Anggerik Mall ini agak kecil… mungkin kita hanya boleh menempatkan 10 hingga 15 kiosk di lobi Mall ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat membeli-belah itu hari ini.


Baru-baru ini, Ismail Sabri berkata Mara Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara akan diperluaskan ke setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]YdHxMgnmjQc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori