Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gempa: Pelajar Malaysia Di...

JAKARTA - Semua pelajar Malaysia di Sulawesi dilaporkan selamat kerana kedudukan mereka jauh...

2 Lagi Diisytihar Kawasan...

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi...

15,000 Sertai Fit Malaysia...

REMBAU - Sejumlah 15,000 peserta dari seluruh negeri telah menyertai program FIT Malaysia...

Bukti Jelas PH Salah...

MEMANG bukti cukup jelas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pakatan...

Cristiano Ronaldo Labur Mewah Beli 4 Hotel Butik

LISBON – Bintang bola sepak sensasi Portugis, Cristiano Ronaldo mengembangkan lagi empayar perniagaannya melalui pelaburan sebanyak AS$40 juta (RM171 juta) untuk membeli empat buah hotel butik di tiga buah negara.

Hotel-hotel berkenaan terletak di negara kelahirannya sendiri, Portugal, selain Madrid, ibu kota Sepanyol serta New York, Amerika Syarikat (AS), menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP  di sini pada Jumaat.

Kesemua hotel tersebut bakal bernaung di bawah jenama ‘CR7’ yang sekarang ini dikongsi oleh perniagaan pakaian dan produk wangian eksklusif milik pemain kelab elit Sepanyol, Real Madrid serta kini berusia 30 tahun itu.

Meskipun industri perhotelan antarabangsa kini agak tidak menentu dengan lebih banyak penggabungan hotel besar, Ronaldo mampu menanggung risiko itu kerana aset harta peribadinya pun lebih daripada cukup mewah.

Baca: Jet Peribadi Mewah Ronaldo Bernilai RM83 Juta

Juga: Gambar Penthouse Mewah Ronaldo Di New York

Lagi: Ronaldo Hadiah Sebuah Pulau Sempena Kawan Kahwin

Dan: Ronaldo Derma RM27 Juta Bantu Mangsa Gempa Nepal

ronaldo hotel1


Dengan anggaran kekayaan bernilai lebih AS$200 juta (RM857 juta), bintang bola sepak itu menceburi bidang perhotelan sebagai membuat persiapan dirinya sendiri sebelum menempuh persaraan daripada arena sukan.

Awal bulan lalu, Ronaldo dilaporkan sanggup berbelanja besar sehingga 19 juta euro (kira-kira RM83.2 juta) untuk membeli sebuah jet peribadi eksklusif jenama Gulfstream model G200 keluaran firma aeroangkasa terkenal AS.

Beliau turut memiliki sebuah penthouse atau apartmen mewah berharga AS$18 juta (RM75 juta) terletak di Fifth Avenue, Trump Tower, New York yang dimiliki oleh calon kontroversi Presiden AS pada 2016, Donald Trump.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori