Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rita Dijatuhi Hukuman Mati,...

GEORGE TOWN - Rita Krisdianti, 28 tahun, yang ditahan polis pada 10 Julai...

Persimpangan Bertingkat Jimatkan Masa...

SEREMBAN - Persimpangan bertingkat Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)-Jalan Temiang, yang bakal memberi manfaat kepada...

Jelajah Presiden UMNO Bermula...

KUALA LUMPUR - Presidan UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjelajah...

Bayi Patah Peha Kiri:...

JOHOR BAHRU : Polis masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang...

Cubaan Seludup Daun Ketum Dari Kelantan Ke Narathiwat Gagal

NARATHIWAT – Seorang pemuda Thailand ditahan polis di Narathiwat ketika menyeludup 117 kg daun ketum dari Kelantan untuk dijual di selatan Thailand.

Ketua Polis yang bertugas di Pusat Pemeriksaan Sungai Padi di sini, Kapten Suthip Nilvisut berkata pemuda berusia 26 tahun itu ditahan setelah pihak polis mendapati trak pikap yang dipandu suspek membawa 500 ikat daun ketum.

Polis mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan daun ketum yang disembunyikan di dalam trak pikap yang telah diubah suai itu, katanya.

Beliau berkata pemuda itu mengakui daun ketum tersebut dimiliki abangnya yang membelinya di Kelantan, dan dibawa masuk ke Thailand dengan bot kecil di kawasan sempadan Bukit Tal, daerah Waeng.


Suthip berkata pemuda itu menyatakan daun ketum itu untuk dijual kepada ejen di Mukim Balukar Samoh, Bachok, di sini dengan harga satu ikat 100 baht (RM12).

Daun ketum adalah jenis ubat mabuk yang digemari belia di selatan Thailand kerana ia murah berbanding dadah lain tetapi kebanyakan pokok ketum di selatan Thailand dimusnahkan pihak berkuasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori