Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

90 Peratus Belanja Majlis...

TAK sabar-sabar rasanya ingin melihat majlis pelakon terkenal, Yana Samsudin bersama pasangannya Fadzil...

Lelaki Cederakan Ibu Guna...

IPOH - Lelaki dipercayai memukul ibu dan adik kandungnya sehingga cedera menggunakan pisau...

PPMB & YDSM Taja...

BESUT - Seramai 19 pesakit daripada golongan kurang berkemampuan yang menghidapi masalah katarak...

Wanita Maut Kereta Langgar...

KUALA KANGSAR - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera setelah kereta yang dinaiki...

Dakwaan Minuman Fanta Ada Lemak Babi PALSU – Jakim

BAHAGIAN Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini menafikan penyebaran maklumat yang mendakwa minuman berkarbonat jenama Fanta mengandungi lemak babi.

Menurut Jakim, minuman berkarbonat tersebut telah memiliki sijil halal yang disahkan.

Untitled

“Viral palsu. Penjelasan, produk minuman Fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim.

“Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut,” tulis Jakim menerusi laman Facebooknya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tersebarnya sekeping gambar viral menunjukkan lima botol minuman Fanta pelbagai perisa dengan disertakan mesej menyatakan minuman itu mengandungi lemak babi.


“Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.

“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,” tulis mesej itu.

Semoga kenyataan daripada pihak Jakim ini memberi penjelasan kepada pengguna Islam. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Py1ELm2ppwQ]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori