Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Remaja Terkejut Perut Kempis...

PERUTNYA kelihatan begitu sempurna sekali, seperti remaja perempuan lain tapi tiba-tiba dia dikejutkan...

Lelaki Lalok Dadah Pecah...

IPOH - Seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ditangkap ketika sedang memecahkan...

Manchester United Berdepan Musim...

JOSE Mourinho mengakui Manchester United berdepan musim sukar melainkan jika mereka memperkukuhkan skuad...

Bajet 2015: Nantikan Pengumuman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membangunkan satu mekanisma baharu pemberian subsidi petroleum yang...

DAP Ambil Peduli Tentang Islam! – Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan DAP adalah sebuah parti yang amat mengambil berat tentang masyarakat Melayu dan Islam negara ini.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad berkata, DAP membuktikan perkara itu dengan menarik balik bantahan ke atas kerajaan kerana melarang atlet Israel menyertai satu pertandingan di Langkawi, kedah.

“PAN ucapkan tahniah kepada DAP. Tindakan pantas atas kepedulian mereka terhadap sensitiviti masyarakat Melayu Islam.

“Ini telah membuktikan kepalsuan dakwaan golongan perkauman Melayu terhadap DAP,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Khalid meminta orang Melayu tidak terpedaya dengan laungan perpaduan Melayu Islam yang nyaring dilaungkan mutakhir ini.

Dakwa beliau, ia cuma laungan yang bertujuan untuk mengkekalkan Melayu di bawah tempurung UMNO.


DAP dikecam ramai pihak baru-baru ini berikutan tindakan pemimpin parti itu mengutuk kerajaan menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.

Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.

Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti Israel atas sebab-sebab tertentu. – mynewshub.cc

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori