Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Graduan Menganggur Disaran Ambil...

KUALA LUMPUR - Ramai yang masih tidak menyedari bahawa bidang Pendidikan dan Latihan...

Agensi Kerajaan & Swasta...

KUANTAN — Jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini sekali disarankan supaya ...

Mahathir Sedia Sokong Anwar...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad sedia menyokong keputusan majoriti termasuk jika...

JDT Perkenal Jersi Baru...

JOHOR BAHRU - Pasukan bola sepak negeri Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkenalkan jersi...

DAP Dianggap Restui Kekejaman Israel – PAS

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP boleh dianggap sebagai mereka yang merestui kezaliman dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin selama ini kerana menyokong kehadiran warga negara haram itu di Malaysia

Naib Ketua Dewan DPPM Malaysia (DPPM), Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, DAP perlu sedar diri dan tidak berkompromi tentang hubungan dengan Israel sama ada secara langsung atau pun tidak langsung seperti itu.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan mengatakan bahawa aktiviti sukan tiada kaitan dengan politik dan keganasan yang dilakukan Israel.

“Dunia perlu beri mesej yang jelas, Malaysia perlu terus mengajar dan menyekat mereka. Israel perlu terus diboikot sebagai satu balasan terhadap kezaliman yang dilakukan kepada Palestin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Khairil Nizam memohon kerajaan Malaysia terus konsisten dalam memboikot Israel dengan tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik, sosial dan sukan dengan wakil rejim zionis itu.


Katanya, selaras dengan pendirian Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1948 sehingga ke hari ini yang masih tidak mengiktiraf kedaulatan Israel, maka tiada seorang rakyat Israel dibenarkan memasuki Malaysia atas apa jua tujuan.

Justeru, katanya, tindakan kerajaan menolak visa dua peserta Israel dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Antarabangsa, Langkawi satu tindakan yang tepat memandangkan begitu banyak siri pembunuhan terbuka umat Islam Palestin dilakukan Israel. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]SN02hNZ5Q00[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori