KUALA LUMPUR – DAP bukan parti politik kaum Cina tetapi parti politik untuk semua agama dan kaum di negara ini, kata pemimpin kanan Pakatan Harapan, Lim Kit Siang.
Beliau yang juga Penasihat DAP berkata, DAP adalah sebuah parti yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk semua agama dan kaum di Malaysia.
“Kami berpolitik selama ini tanpa memikirkan untuk menjadi wakil rakyat tetapi apa yang kami boleh lakukan untuk menjadikan Malaysia mencapai aspirasi kami,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Kit Siang mengakui kewujudan parti Islam baharu, Parti Amanah Negara (PAN) diharap dapat membantu memenuhi hasrat DAP tersebut selepas pembubaran Pakatan Rakyat.
Katanya, semua parti gabungan Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) diwujudkan pada September lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur akibat pertikaian isu akidah dengan PAS.- Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]28RFh1dagMI[/wpdevart_youtube]