MAXIS pada tahun ini telah memperkenalkan pelan Maxis Zerolution, yang mana membolehkan para pengguna mendapatkan peranti yang ditawarkan pada harga yang rendah selain bebas untuk menukar peranti setiap tahun apabila hadirnya kemaskini peranti yang baru.
Ketika pengenalan, ia lebih memfokuskan kepada penawaran peranti Android  sahaja, dan hari ini, Maxis turut telah menambah iPhone 6S dan iPhone 6S Plus dibawah pelan berkenaan.
Untuk iPhone 6S, pengguna boleh mendapatkan ia pada bayaran RM100 sebulan selama 24 bulan dan mendapatkan peranti berkenaan.
Ataupun anda turut boleh memilih untuk menambah RM20 untuk mengubah ke iPhone versi baru setiap 12 bulan dan tambahan RM15 untuk insuran perlindungan – menjadikan langganan bulanan adalah RM135.
Untuk iPhone 6S Plus pula, ia bermula pada harga bayaran bulanan RM121 untuk 24 bulan – atau RM156 sebulan untuk menukar peranti setiap 12 bulan.
Hendaklah diambil perhatian yang mana ini hanya harga untuk peranti sahaja  dan tidak termasuk pakej langganan pelan pascabayar.
Mungkin jika anda sering menukar peranti anda setiap tahun dan ingin mendapatkan iPhone baru setiap kali ia keluar, pelan Maxis Zerolution ini sesuatu yang sangat sesuai untuk anda.-MYNEWSHUB.CC
Layari: Maxis Zerolution – iPhone 6s