Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Musang Obes Dikurung Bagi...

MUSANG merupakan salah satu haiwan yang terkenal dengan sifatnya cukup aktif, licik dan...

Bunuh Janda, Anggota Polis...

KOTA TINGGI - Seorang anggota polis berpangkat koperal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan...

Lebih 30,000 Tuntut Iktiraf...

BERSEMANGAT... Baru tujuh jam lalu dilancarkan, lebih 30,000 rakyat Malaysia menandatangani petisyen dalam...

Najib Jawab Wan Saiful

DARI FB NAJIB RAZAKPENULIS manifesto bukan kitab suci kata: "Najib tiada 'moral standing'."Bukan...

David Beckham Lagi Suka Tengok ‘Game’ Ragbi Daripada Bola Sepak

DAVID Beckham merupakan legenda bola sepak dunia yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidangnya itu.

Namun, jangan tidak tahu, walaupun bergelar bintang bola sepak sensasi dunia, ironinya, Beckham menyatakan dia lebih menyukai menonton perlawanan ragbi daripada game bola sepak.

Menurut suami kepada artis Victoria ‘Spice Girl‘ ini, dia tidak menyukai tingkah laku peminat bola sepak yang sering kali mencetuskan keganasan berbanding peminat sukan ragbi.

Sejarah bola sepak dunia lebih-lebih di United Kingdom sendiri telah membuktikan wujud budaya Hooligans dalam kalangan peminat tempatan sejak dahulu lagi.

Hooligans merupakan tingkah laku keganasan yang sering kali ditunjukkan peminat sukan sehingga ia menjadi suatu budaya liar yang tidak dapat dielakkan di sesetengah negara.


“Saya sangat menyukai ragbi. Saya suka menonton perlawanan ragbi dan semua perkara mengenai sukan itu. Ini kerana peminatnya sentiasa sokong satu sama lain tanpa melibatkan perkara tidak elok,” katanya dipetik akhbar Telegraph.

Beckham, 40, yang dianugerahkan Sexiest Man Alive 2015 oleh majalah People pernah berkhidmat dengan kelab Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy sebelum bersara pada Mei 2013. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori