Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Netanyahu Angkuh, Anggap Israel...

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus bersikap angkuh apabila menyatakan...

BN Johor Tekad Pastikan...

JOHOR BAHRU — Barisan Nasional (BN) Johor tekad memastikan Timbalan Presiden Pakatan Harapan,...

Mulakan Langkah Awal Jika...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) meminta PAS memulakan langkah awal jika...

Rompak Pelancong: Pembuat Kusyen...

KUALA LUMPUR - "Bayangkan trauma yang dialami mangsa yang datang untuk bergembira di...

DBKL Nafi Paip Kumbahan Di Jalan Raja Laut Pecah

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan paip kumbahan di Jalan Raja Laut di sini, pecah seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi.

Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL Datuk Tan Keng Chok berkata maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu, mengelirukan orang ramai.

“Hasil tinjauan pegawai kami di sekitar Jalan Raja Laut dan kawasan berhampiran selepas menerima maklumat berkenaan, mendapati tidak berlaku kejadian paip kumbahan pecah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.

Tan berkata gambar yang diviralkan itu berkemungkinan adalah gambar daripada insiden paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bocor di Jalan Raja Laut pada 22 Dis lepas, yang telah dibaik pulih.


Beliau juga mendakwa air berwarna kuning yang terpapar pada gambar yang diviralkan itu telah diubah suai oleh pereka grafik.

Oleh yang demikian, beliau menggesa orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori