Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saksi Kata Najib Minta...

KUALA LUMPUR – Meskipun pinjaman SRC International Sdn. Bhd. pada mulanya diluluskan pada...

Cedera Rakan Guna Hulu...

PETALING JAYA - Akibat mencederakan rakannya menggunakan bahagian belakang sebilah pisau, seorang pekerja...

Azmin Dedah 84 Aset...

KUALA LUMPUR - Putrajaya mendedahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir negara dahulu...

Gambar: Sara Ali Kini...

SESIAPA yang mengikuti perkembangan Sara Ali menerusi laman Instagram, pastinya perasan bahawa pelakon...

DBKL Tidak Lulus, Baharui Lesen Kedai Hanya Jual Arak Sahaja

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan meluluskan atau memperbaharui lesen kedai yang hanya menjual minuman keras semata-mata, persidangan Dewan Negara diberitahu Khamis.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata ia merupakan usaha baharu yang diambil DBKL dan telah dimulakan di kawasan Brickfields serta akan diperluaskan ke seluruh Kuala Lumpur kelak.

“Kami mendapati terdapat beberapa kedai masih degil menjual minuman keras dan penguatkuasaan sedang dijalankan secara berperingkat di kawasan Brickfields,” katanya dalam sesi soal jawab di sini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh yang meminta penjelasan terhadap jenis-jenis lesen penjualan minuman keras yang dikeluarkan oleh DBKL dan polisi serta syarat pembaharuan lesen penjualan minuman keras.

Loga Bala berkata pemilik kedai yang memegang Lesen Runcit hanya dibenarkan menjual minuman keras di premis mulai jam 9 pagi sehingga 9 malam manakala pemilik Lesen Borong pula dibenarkan menjual dalam kuantiti yang banyak dengan had masa jualan yang sama dengan Lesen Runcit.


Katanya, pelesen yang gagal mematuhi had masa atau melanggar syarat akan dibatalkan lesen mereka tanpa mengira tempoh masa memperoleh lesen tersebut.

“DBKL juga menetapkan beberapa syarat pembaharuan lesen penjualan minuman keras seperti mengisi borang permohonan lesen minuman keras dengan menyertakan salinan kad pengenalan, salinan lesen premis yang sah dan salinan lesen minuman keras yang terdahulu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori