Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PAS Cabar Debat Pihak...

KUALA LUMPUR - PAS mencabar pihak yang membantah pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah...

Video: Ngeri, Bekas Jahitan...

Terkesima tatkala melihat video ngeri bekas jahitan yang terbuka secara tiba-tiba hingga menampakkan...

Penduduk Bimbang Kejadian Tanah...

GEORGE TOWN - Tanjung Bungah sebelum ini cukup sinonim sebagai sebuah kawasan yang...

Akibat Gangguan Makhluk Halus,...

SEORANG guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran...

Denda RM10 Jika Buang Sampah Merata-rata Di Dungun

DUNGUN – Majlis Perbandaran Dungun (MPD) akan mengenakan kompaun sebanyak RM10 kepada mereka yang membuang sampah di merata tempat di Taman Sura Jeti dan Taman Arena Dungun iaitu dua tempat yang diwartakan sebagai kawasan sifar sampah.

Yang Dipertua MPD, A. Rahman Che Ali berkata denda tersebut diperkenalkan dengan tujuan memupuk rasa tanggungjawab dan mengubah mentaliti rakyat bagi menjaga kebersihan selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadi Terengganu sebagai negeri terbersih.

“Kita akan menempatkan beberapa pegawai penguat kuasa berpakaian preman di dua kawasan ini bagi membuat pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Zon Sifar Sampah 3R dan majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah cukai taksiran MPD 2015 di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud.


A. Rahman berkata, pihaknya akan memperluaskan kawasan sifar sampah di kawasan lain yang menjadi tumpuan masyarakat dari semasa ke semasa mengikut keperluan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori