Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

95 Veteran Tentera Terlantar...

MUAR: Seramai 95 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini hidup terlantar...

Peru Pohon AS Ekstradisi...

LIMA - Jabatan kehakiman Peru pada Rabu meminta Amerika Syarikat (AS) mengamalkan sifat...

GAMBAR: Adira Sambut Hari...

Bukan rahsia lagi penyanyi yang mendapat jolokan 'snow white' Malaysia, Adira mempunyai hubungan...

Berjaya Lancar Projek Pembiakan...

TIOMAN - Berjaya Corporation Group of Companies (Kumpulan Berjaya) hari ini melancarkan projek...

Dilontar Kepala Babi, Masjid Philadelphia Balas Dengan Jamuan

PHILADELPHIA: Masjid Al-Aqsa yang bertempat di utara Philadelphia, Amerika Syarikat pada minggu lalu digemparkan dengan kejadian dilakukan pihak tidak bertanggung jawab yang melontar kepala babi di pintu masuk masjid tersebut.

Rakaman Video Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan kepala babi tersebut telah dibaling dari sebuah trak yang berwarna putih.
Rakaman CCTV menunjukkan kepala babi dibaling dari sebuah trak berwarna putih.

Insiden tersebut bagaimanapun telah berjaya dirakam oleh rakaman video litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.

Baca: Baling Kepala Babi Depan Pusat Islam; Muslim Dibenci Di AS

Masjid yang turut berfungsi sebagai bangunan Persatuan Islam Al-Aqsa itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada pelbagai pihak sebagai tanda sokongan termasuk melalui emel, kiriman bunga dan pemberian makanan setelah insiden ‘hitam’ itu mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.

Justeru sebagai tanda terima kasih di atas sokongan dan rasa simpati yang diterima, pihak masjid Al-Aqsa mengadakan jamuan makan untuk masyarakat tempatan.

Majlis yang diadakan di ruang parkir itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Kesemua yang hadir turut menyatakan sokongan kepada pihak masjid berhubung insiden yang berlaku itu.

“Terima kasih yang istimewa atas sokongan, kerjasama dan kasih sayang anda semua.

“Kami menyambut anda semua dengan aman dan keamananlah matlamat, harapan, dan keinginan kami,” ujar Imam Mohamed Shehata dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

Ratusan jiran tetangga, agamawan, keluarga, dan orang awam memenuhi ruang parkir masjid di Germantown Avenue dan Jefferson Street untuk acara tengah hari itu.


Apa yang menarik kesemua tetamu yang hadir dan dihidangkan dengan sosej, burger dan falafel itu hadir dengan memakai tanda nama bertulis nama masing-masing dalam bahasa Arab.

Selain itu, organisasi seperti Council on American Islamic Relations (CAIR) turut membuka kaunter penerangan untuk menyebarkan informasi tepat tentang Islam.

Menurut laporan, serangan terbaharu itu merupakan serangan yang ke-63 kali setakat tahun ini melibatkan masjid-masjid dan pusat Islam di AS. Ianya adalah jumlah serangan tertinggi sejak 2009.

Sumber: Astro Awani

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=gApgPHF4jJw]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori