DUA beradik, lelaki dan perempuan telah bertukar jantina selepas mengaku kepada ibu bapa mereka bahawa mereka adalah transgender, iaitu seorang adalah pengkid manakala seorang lagi adalah mak nyah.
Ketika berusia tiga tahun, Aly McGarrity adalah tomboi yang lebih rela bermain bola sepak bersama rakan-rakan lelakinya manakala abangnya pula, Russie yang ketika itu berusia lima tahun, memilih untuk bermain anak patung.
Menurut ibu mereka, Beth, keadaan lebih sukar bagi Russie kerana dia dibuli di sekolah dan pernah digantung sekolah selepas memasuki tandas perempuan.
Meskipun Beth dan suaminya, Russ mengetahui mengenai keadaan anak mereka itu yang berbeza daripada rakan jantina yang lain, namun mereka lebih bimbangkan mengenai tekanan yang dialami oleh Russie.
Ketika keluarga itu bimbang mengenai keadaan Russie, salah seorang lagi anak perempuan mereka, Aly juga berdepan dengan kecelaruan jantina.
Dan beberapa hari sebelum hari jadinya yang ke-15, Aly memaklumkan kepada ibunya bahawa dia mahu menjadi lelaki.
Sebulan kemudian, Russie pula memberitahu dia mahu menjadi perempuan dan selepas kedua-dua beradik itu menerima kaunseling, mereka memutuskan untuk melakukan pembedahan pertukaran jantina.
Hari ini Russie, 20, dikenali sebagai Rai manakala Aly,17, menggunakan nama Gavin. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]hO6aAXJKpm0[/wpdevart_youtube]