Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DAP Perlu Perjelas Dakwaan...

KEPALA BATAS - DAP sewajarnya tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan parti itu ditawarkan...

Kerajaan Lulus Bantuan Sara...

KUALA LUMPUR - Seramai 17,161 orang peserta Felcra Berhad (Felcra) dalam kalangan isi...

Nasib Dua ADUN PAS...

Nasib dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang bertindak menyokong Presiden Parti...

RE Jadi Fokus Dalam...

KUALA LUMPUR - Berikutan margin rizab yang mencukupi pada 30 peratus dan asas...

Dua Mayat Ditemui Terapung Di Sungai Langat

BANTING: Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Langat, Banting digemparkan dengan penemuan dua mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan terapung di sungai berkenaan, petang semalam.

Mayat pertama telah ditemui di belakang kilang dan telah diangkat oleh sekumpulan nelayan yang melalui sungai berkenaan sebelum mereka menghubungi anggota bomba pada jam 1 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Banting, Superitendan Mohd Zailan Tasir berkata, mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu dikenal pasti sebagai Mohamed Sofiyuddin Kamar berumur 28 tahun. Dia dilaporkan lemas ketika keluar memancing pada petang 1 Disember lepas. Mayatnya kini dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Kami meminta bantuan ahli keluarga untuk membuat pengecaman dan mereka mengesahkan mangsa dilaporkan hilang pada 1 Disember lalu berdasarkan pakaiannya.

“Dia dilaporkan hilang selepas keluar memancing dan keretanya ditemui berhampiran Sungai Lebohan Ampang, dekat sini,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, Mohd Zailan berkata, mayat kedua telah ditemui dua jam kemudian oleh pekerja yang mengangkat sampah di Jambatan Kampung Labohan Dagang, sekurang-kurangnya 50 meter dari lokasi mayat pertama ditemui.


Mayat tersebut ditemui di perangkap sampah sebelum pekerja berkenaan menghubungi anggota boma dan pihak polis. Berdasarkan penelitian, terdapat kesan tetakan di leher, tangan kiri, selain kepalanya turut dipercayai dipukul dengan objek tumpul dan tangannya diikat.

“Pemeriksaan anggota forensik polis mendapati mangsa dipercayai warga asing dan berkemungkinan mangsa bunuh,” katanya.

Mohd Zailan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sumber: My Metro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=gIvCGTt_eK4]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori