Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Lebih 1,000 Pegawai, Anggota...

IPOH : Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 1,102 buah sekolah...

Lelaki Didenda RM3,000 Curi...

KUALA LUMPUR - Gara-gara keluar dengan rakan lelaki yang baharu dikenali empat hari...

VIDEO: Pekerja Taska Ini...

Apa sudah jadi wahai kaum wanita, dimanakah nilai-nilai kelembutan mu wahai perempuan yang...

LTTE: Permohonan Jaminan ADUN,...

KUALA LUMPUR - Dua Mahkamah Tinggi berasingan di sini hari ini menetapkan 16...

Dua Pelajar Tahfiz Dikhuatiri Lemas Di Pantai Rhu 10 Setiu

SETIU – Dua pelajar tahfiz dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Pantai Rhu 10, dekat sini hari ini, menurut Pegawai Bomba Kanan I Jabatan Bomba dan Penyelamat Setiu Karomi Nordin.

Beliau berkata dua pelajar itu dikenal pasti sebagai Mohd Naim Adnan, 17, berasal dari Kampung Seri Bengkal, Batu Pahat, Johor manakala seorang lagi Mohd Wafiq Mohd Nor, 17, dari Kampung Seri Bengkal Mukim 6, Parit Yaani, Yong Peng, Johor.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, rakan kedua-dua pelajar itu, Ahmad Izad Shahruddin, 17, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pelajar itu sedang dijalankan anggota bomba dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam.


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut meninjau keadaan di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 petang ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PLJZO-CMBCg[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori