DEK kerana sibuk inginkan gambar selfie berlatar belakangkan gambar kapal terbang, dua remaja maut selepas dirempuh sebuah trak dekat lapangan terbang di Turki.
Kejadian berlaku apabila lima sekawan menyewa sebuah kereta dan sedang dalam perjalanan dari Alanya ke Antalnya memutuskan untuk berhenti di sebatang jalan yang gelap berdekatan kawasan lapangan terbang berdekatan untuk mengambil gambar.
Malang tidak berbau kerana jalan tersebut sangat gelap dan pemandu trak tidak nampak kelibat mereka, menyebabkan dua daripada mereka dirempuh oleh trak berkenaan.
Mangsa yang terbunuh akibat rempuhan itu adalah Muhammet Bozkurt, 17, dan Caglar Savasci, 19, manakala tiga yang lain terselamat.
Namun atas dasar tanggungjawab, pemandu trak berkenaan telah menghubungi jabatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan lanjut. Pihak polis mengesahkan tiga remaja tersebut berada dalam keadaan mabuk dan kurang pertimbangan sewaktu ditemui.
Jadi, berhati-hatilah sekiranya ingin dapatkan gambar selfie yang ekstrem, janganlah kita menggadaikan nyawa kita untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah seperti ini. – MYNEWSHUBCC
Sumber: Metro UK
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=fLNzrhp4Nfo&w=560&h=315]