PENYANYI British, Ed Sheeran mengumumkan dia akan berehat sebentar daripada menggunakan laman media sosial.
Ini kerana Sheeran merasakan kehidupannya kini lebih banyak tertumpu pada ‘skrin’ sekali gus membuatkannya terlupa untuk menikmati kehidupan luar.
Sheeran mempunyai 16 juta pengikut di Twitter dan 5.5 juta di Instagram.
Pada masa sama, penyanyi berusia 24 tahun itu mengumumkan bahawa proses rakaman album ketiganya sedang berjalan dan ia merupakan antara karya seni terbaik pernah dihasilkan olehnya. – MYNEWSHUB.CC