PELBAGAI jenama jam pintar di pasaran pada masa ini yang dipenuhi dengan rekaan menarik dengan sistem operasi yang berbeza.
Dua sistem operasi yang paling popular ialah Android Wear dan Watch OS.
Majoriti peranti boleh-pakai yang menggunakan sistem operasi tadi dijual pada harga yang agak mahal.
ELE ialah jam tangan pintar Android Wear dari Elephone yang dijual pada harga yang mampu milik sekitar USD115 (RM477).
Jam tangan ini mempunyai skrin bulat 1.5 inci beresolusi 320×320 pixel, diperkasakan pemproses 1.2 GHz MediaTek MT2601, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte.
Bateri pula adalah sebesar 400 mAh yang menjamin penggunaan sehingga 80 jam.
Ia diperbuat daripada logam dan mempunyai ketahanan IP67 dan pada waktu yang sama terdapat pilihan tali yang turut diperbuat daripada logam ataupun kulit.
Mungkin dengan harga yang lebih ‘marhaen’ ini membuatkan anda tidak perlu berfikir dua kali untuk akhirnya memiliki sebuah jam pintar. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd
Sumber: GSMARENA