Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wow, Baju Lofa Inspirasi...

MEMANG tidak dinafikan selebriti bernama Noor Neelofa ini seorang yang cukup bijak berfesyen,...

Jika Najib Bukan Dalam...

Jika mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan di penjara, pasti...

Hebat Sangat Ke Punggung...

APA la hebat sangat punggung Kim Kardashian ni sampai ada yang sanggup berhabisan...

Hatinie’s Kitchen, Kambing Perap...

MUDAH, Cepat, Menyelerakan... tagline yang digunakan *Hatinie's Kitchen ini sangat sesuai dengan produk mereka.Syarikat bumiputra...

Erul Nekad Enggan Mahu Berpaling Lagi

KHAIRUL Najmuddin Abu Samah, itulah nama asal penyanyi muda ini. Popularitinya melonjak apabila penyertaannya dalam Akademi Fantasia ke-9 (AF9) berjaya menarik perhatian ramai peminat hiburan tanah air, apatah lagi konsep K-Pop yang dibawanya menjadi siulan anak muda ketika itu.

Walaupun tidak bergelar juara pada pertandingan realiti tersebut, penyanyi berusia 24 tahun yang juga dikenali sebagai Erul itu tidak sunyi dengan populariti dan terus menjadi sebutan para peminatnya.

Erul ternyata tidak berhenti di situ. Impian dan cita-citanya terlalu besar. Setelah mengumpul semangat dan keazaman, Erul mencuba nasib menyertai pertandingan realiti di Korea pula.

Penat lelah Erul ternyata tidak sia-sia apabila dia meraih gelaran naib juara pertandingan K-Pop Star Hunt musim kedua iaitu sebuah program pencarian bakat baharu dari seluruh Asia termasuk Jepun, Singapura dan Thailand.

hi_02.1
Erul Samah meraih gelaran naib juara pertandingan K-Pop Star Hunt musim ke-2.

“Bila saya kata saya serius hendak menjadi anak seni, saya berusaha membuktikannya. Dari Kuala Lumpur sampai ke Korea saya berusaha membawa bakat saya dan Alhamdulillah baik di AF mahupun dalam K-Pop Star Hunt, percubaan saya tidak sia-sia,” katanya ketika ditemui di pejabat Universal Music Malaysia baru-baru ini.

Namun sepertimana laut yang ada pasang surutnya, begitulah nasib insan seni ini. Entah di mana silapnya, walaupun Erul tidak pernah ‘hilang’ namun kemunculannya dalam media cetak mahupun media elektronik semakin berkurangan hingga ada yang menyangka dia telah berundur dari arena seni suara.

Tetapi tak siapa tahu yang Erul rupanya sedang melalui satu situasi yang cukup menduga emosi dan perasaannya iaitu kehilangan bapa yang tercinta buat selama-lamanya.

Bapanya, Datuk Abu Samah Yahya dikesan menghidap penyakit kronik hingga menyebabkannya menderita bertarung dengan kesakitan. Ia benar-benar merentap perasaan Erul. Bagi membuktikan rasa cinta yang mendalam terhadap bapanya, Erul mengambil keputusan untuk menjaga bapanya sekaligus mengurangkan penglibatannya dalam dunia hiburan.

Takdir menentukan yang bapa Erul akhirnya dijemput menemui Penciptanya. Kematian itu sekali-lagi membuatkan anak muda ini dirundung kesedihan yang amat sangat.

erul 1
Erul Samah

“Sebenarnya arwah tidak begitu menggalakkkan saya melibatkan diri dalam dunia hiburan tetapi dia tidak pernah menghalang cita-cita saya itu.

“Sebab itu bila arwah meninggal dunia, saya berteka-teki sama ada mahu meneruskan impian atau berhenti saja dari semua ini, namun ternyata opsyen kedua itu bukanlah jawapannya. Saya nekad untuk terus berjuang.


“Dalam hal ini saya bersyukur kerana mempunyai peminat yang tak jemu-jemu berdoa dan memberi perangsang pada saya untuk bangkit dan mencapai impian yang saya buru selama ini,” kata Erul bersungguh-sungguh.

Diam tak diam, selain menyanyi dan mencipta lagu, Erul juga mula berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan dan lakonan.

Bagi mengubati rindu peminatnya, Erul akan muncul dengan single baru tidak lama lagi. Masih dengan muzik K-Pop yang diminatinya, Erul berkata dia juga akan memasukkan elemen yang lebih segar sesuai dengan citarasa peminat muzik tanah air yang pelbagai.

DSC_7257
Erul Samah

“Walaupun masih muda, tetapi saya bukanlah ‘baru’ sebenarnya…saya bukan artis yang muncul secara tiba-tiba. Banyak onak duri yang telah saya tempuh dan saya takkan berpaling lagi. Seperti yang saya sebut tadi, tak cukup di tanah air sendiri, saya terbang sampai ke Korea untuk menguji kemampuan saya.

“Pulang dari sana, saya masuk pula ASWARA untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu bagi mempersiapkan diri bagi ‘bertarung’ dalam dunia seni yang semakin kompleks dan mencabar ini.

“Saya percaya kalau sanggup belajar dan terus berusaha keras tanpa mengenal erti kecewa InshaAllah kejayaan tetap jadi milik kita,” tegas Erul. – MYNEWSHUB.CC

#universalmusicmalaysia #lebihdarikata #gilamuzik #erul #runaway #RumpunUniversal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori