Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pahang Catat Penurunan Kes...

TEMERLOH - Pahang mencatatkan penurunan jumlah penghidap HIV sebanyak 70.5 peratus apabila hanya...

Kim Chol Berjalan Terhincut-Hincut...

SHAH ALAM – Abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dilihat...

Remaja Disambar Buaya Ketika...

BETONG - Seorang remaja lelaki yang sedang memancing udang bersama-sama sepupu lelakinya di...

Yakin BN Sarawak Mampu...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin Barisan...

Facebook Bola Sepak Johor Berkabung

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Harimau Selatan, Johor Southern Tigers tidak akan memuat naik sebarang status mengenai bola sepak selama tiga hari berturut-turut.

Menurut pentadbir laman Facebook berkenaan, langkah tersebut sebagai tanda berkabung di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

“Sebagai tanda berkabung atas kemangkatan Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor, laman Facebook Johor Southern Tigers tidak akan mengemas kini perkembangan bola sepak selama tiga hari, mulai hari ini.

“Doa dan ingatan kami bersama Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil,” kata laman Facebook berkenaan pada Ahad.


Tinjauan mynewshub.cc mendapati rata-rata laman Facebook peminat bola sepak Johor yang lain turut mengambil inisiatif untuk tidak menyentuh tentang perkembangan bola sepak sejak malam Sabtu.

Kebanyakan pentadbir laman Facebook berkenaan cuma memuat naik status mengenai kisah hidup dan gambar-gambar lama Tunku Abdul Jalil semasa hayatnya.

Untuk rekod, laman Facebook peminat bola sepak Johor antara yang terbanyak dan laman Facebook bola sepak paling aktif di Malaysia. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]1UQ5pJzRZE4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori