PELAKON Fezrul Khan yang menduda selepas bercerai Ogos lalu menjelaskan, dia belum bersedia untuk kembali bergelar suami.
Fezrul memberitahu, dia kini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan tidak memikirkan soal perkahwinan.
“Buat masa sekarang saya masih single. Ada kawan perempuan tapi kawan biasa-biasa sahaja. Saya ini jenis yang suka lepak di rumah.
“Keluarga juga tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin lagi buat masa ini.
“Saya akan bertemu dengan anak bila mempunyai masa cuti. Dalam seminggu, dua kali saya akan berjumpa tetapi bergantung juga pada jadual kerja saya.
“Walaupun jarang berjumpa saya akan habiskan masa berbual dengannya menerusi telefon,†ujarnya.
Semoga Fezrul yang mengakui masih jalin hubungan baik dengan bekas isterinya, terus sukses dalam kerjaya dan bertemu wanita pilihan hatinya satu hari nanti.
Sumber: Media Hiburan
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ZwGEtn9sz30]