MALANG sememangnya tidak berbau. Kegirangan sebuah keluarga dari Melaka bercuti di Hat Yai, Thailand bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat terjatuh dari tingkat 6 sebuah hotel awal Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi waktu tempatan (3.20 pagi waktu Malaysia), mangsa berusia 10 tahun, Fam Song Heng ditemui terlentang di tingkat bawah kawasan tempat letak kereta hotel berkenaan.
Mendiang dikatakan menginap di tingkat 6 hotel berkenaan bersama adik dan neneknya, manakala ibu bapanya pula berada di tingkat 3.
Polis Diraja Thailand mengklasifikasi kejadian ini sebagai kemalangan.
Mayat kanak-kanak lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Hat Yai untuk bedah siasat.
Song Heng bersama lima ahli keluarga yang lain dilaporkan berada di Hat Yai sejak dua hari lalu untuk bercuti dan sepatutnya pulang ke tanah air hari ini. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Hw_XXKzl6tM]