Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Cuba Perbodoh...

KUALA LUMPUR - Adakah Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan...

Shila Kena Fikir Panjang...

KESIAN dengan Datuk Siti Nurhaliza apabila namanya tak pasal-pasal terpalit sama dengan kontroversi...

Selalu ‘Hilang’, Caprice Tak...

TAK ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja naik satu isu apabila kumpulan...

8 Penuntut UM Ditawar...

Nasib lapan orang pelajar Universiti Malaya (UM) termasuk penganjurnya, Fahmi Zainol bakal terjawab...

Gambar: Sultan Johor Makan Kedai Biasa, Siap Belanja Rakyat

BEBERAPA keping gambar yang memaparkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan bersarapan di sebuah restoran di Muar bersama rakyat jelata, pada Jumaat, menjadi viral di laman sosial.

Difahamkan, Sultan Johor bersantap pagi di restoran yang sama selama dua hari berturut-turut.

Tanpa sebarang protokol atau acara rasmi, baginda dikatakan masuk di Restoran Ansari itu memesan roti canai seperti rakyat biasa.

12373251_525087050991326_4360217354342036182_n12373303_525087070991324_4052045855243089322_n12376573_525087064324658_6595238682189322327_n 12376601_525087054324659_152972024777885462_n

Menurut satu sumber, Sultan Ibrahim turut bersedekah dengan membayar makanan dan minuman semua pelanggan di situ.

Menerusi laman sosial, rata-rata netizen memuji cara baginda selain menyifatkan Sultan Johor sebagai ‘Sultan Berjiwa Rakyat’.

Sehari kemudian, baginda sekali lagi mencemar duli namun memilih untuk bersantap di Restoran Muar Soup House pada Sabtu.


Sultan Ibrahim bersarapan di Restoran Muar Soup House, pagi ini.
Sultan Ibrahim bersarapan di Restoran Muar Soup House, pagi ini.

zz

Baginda yang tiba kira-kira pukul 7 pagi dengan memakai baju kemeja dan bersongkok dilihat beramah mesra serta menegur beberapa pengunjung dan menjemput mereka makan.

Baginda dilihat menikmati roti canai garing, samosa, kari kambing dan teh tarik ais kurang manis.

Baginda turut ditemani Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jamaluddin A Hamid dan beberapa rakannya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yeHn_baBEW8]

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori