Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Finland Bertegas Sertai NATO...

HELSINKI : Finland akan mengemukakan permohonan untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)...

Isu Pekerjaan, Kos Sara...

KUANTAN - Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup...

Kejam!.. Tengkorak Remaja Perempuan...

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pecah  bahagian   tengkorak dipercayai dipukul dalam satu...

Pemuda PAS Perak Minta...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak meminta kerajaan negeri memasukkan peruntukan...

Gegaran Berskala Richter 6.2 Dirasai Penduduk Tawau Pagi Ini

Penduduk di sekitar bandar Tawau awal pagi ini terkejut dengan satu gempa bumi berukuran 6.2 skala richter yang sudah disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi.

Gempa bumi ini berlaku pada jam 2.47 pagi di kawasan Kalimantan 33 km utara Tarakan, Indonesia yang terletak kira-kira 96 km bahagian barat daya di Tawau.

Gegaran itu dipercayai berlaku dalam 5 hingga 10 saat dan turut dirasai oleh ramai penduduk terutama di Tawau Sabah.

Bagaimanapun, tiada ancaman Tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.

Jabatan Metereologi Malaysia turut mengesahkan berlaku gempa bumi di Tarakan Indonesia yang terletak 96KM dari Barat Daya ke arah Tawau. Gegaran paling kuat dirasai di daerah Tawau Sabah.

12369010_10153210195562019_853475796213682698_n

Rata-rata penduduk di kawasan yang terbabit memuatnaik-naik gambar berkaitan kejadian tersebut.

 


12369041_1098307570204242_6703532079406550808_n

gegaran-4

Gegaran gempa bumi yang berlaku pada jam 2.47 pagi itu turut dirasai penduduk terutama di Tawau, Lahad Datu dan Semporna Sabah.

gempa-terkini

 

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori