Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Guru Dituduh Bunuh,...

Seorang lelaki yang merupakan bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di...

Pemimpin UMNO, PAS Warnai...

MERIAH... Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk...

Kedai 1Malaysia Jadi Pilihan...

KUALA LUMPUR - Sejak dilancarkan dua tahun lalu, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjadi...

Kuasa Twitter Pertemukan 4...

KUALA LUMPUR - Kuasa Allah SWT dan kuasa media sosial, seorang adik berjaya...

Generasi Muda Lihat Politik Wadah Capai Matlamat Kehidupan

PUTRAJAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata sayap itu komited memperjuangkan isu generasi muda termasuk soal perumahan, pendidikan dan peluang pekerjaan, sesuai dengan kepentingan dan tuntutan mendesak generasi berkenaan.

Beliau berkata realiti hari ini, generasi muda melihat politik sebagai suatu wadah yang mampu membantu mereka mencapai matlamat kehidupan yang lebih baik dan inilah intipati perjuangan Pemuda UMNO.

Justeru, katanya Pemuda UMNO perlu memperkasakan peranannya daripada hanya sebagai kumpulan pendesak kepada kumpulan khidmat bakti seiring permintaan golongan itu dengan menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu mereka.

“Peranan sebagai kumpulan pendesak itu masih lagi ada terutamanya dalam isu-isu penting yang melibatkan tadbir urus isu-isu besar, (dan) kita masih lagi bersuara tetapi lebih banyak fokus kepada produk serta program yang memberi impak kepada generasi muda dalam kehidupan harian mereka.

“Kita perjuangkan isu perumahan, isu pendidikan melalui biasiswa Pemuda Barisan Nasional (BN), karnival kerjaya Pemuda BN, program Proskill untuk golongan generasi muda (dengan) memberi kemahiran kepada mereka dan ini mendapat sambutan yang cukup baik,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang dijadual berlangsung pada 8 hingga 12 Dis.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata sayap itu akan turut mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan pada perhimpunan itu, dalam usaha membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 24 Nov lepas yang dilaporkan sebagai berkata bahawa UMNO berdepan krisis keyakinan dan kepercayaan yang meruncing dan membimbangkan orang Melayu, Anggota Parlimen Rembau itu mengakui bahawa parti berhadapan dengan cabaran yang disifatkannya serius.

Beliau berkata UMNO perlu mengambil langkah segera untuk mengembalikan semula sokongan orang Melayu dan juga rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang dan percaya ia dapat diatasi dengan beberapa langkah tertentu.

“Pertamanya, kita sendiri dalam UMNO (perlu) bersatu dan kedua, kita (perlu) bersedia menerima pandangan-pandangan daripada luar iaitu pandangan orang Melayu yang tidak ada dalam arus kepimpinan UMNO… (namun) bukan pandangan yang nak memecahbelahkan kita.

“UMNO kena kembali menjadi parti kepada semua orang Melayu bukan hanya kepada pemegang jawatan dalam UMNO. UMNO dahulu untuk semua orang Melayu tapi persepsi UMNO kini untuk pegang jawatan sahaja. Jadi itu yang kita kena ubah,” katanya.

Mengenai senario semasa dalam UMNO, Khairy berkata perhimpunan agung parti perlu menjadi platform untuk setiap ahli menzahirkan komitmen dan kesetiaan mereka bagi memastikan kelangsungan UMNO meskipun wujud suara-suara yang tidak sehaluan dengan kepimpinan.

Katanya majoriti daripada kepimpinan dan perwakilan masih bersama dengan parti dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan segala isu yang melanda parti.

“Sama ada isu 1MDB (1Malaysia Development Bhd), isu derma dan sebagainya, (kita) beri peluang kepada presiden untuk menyelesaikannya dan kita nampak ada kesungguhan.


“Semakin banyak perubahan dalam 1MDB, (antaranya) dengan sudah bermulanya (siasatan) PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan penjualan aset untuk kurangkan pinjaman. Memang kita nampak ada usaha dan perlu diteruskan, kita bagi ruang kepada presiden untuk melaksanakan apa yang dijanjikan,” katanya.

Khairy turut mengingatkan para anggota UMNO supaya mengambil pendekatan berhemah dan mengikut saluran yang disediakan sekiranya tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara dan mahu menegur kepimpinan parti itu.

Katanya teguran atau kritikan seharusnya dilakukan tanpa menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan yang boleh menjejaskan imej dan perpaduan parti.

“Jangan kita bakar habis kelambu… kalau tak puas hati, kita bangkitkan isu dalam parti. Pemuda dah bangkitkan kepada presiden (dan) saya sendiri jumpa dengan presiden (untuk) bangkitkan beberapa isu yang saya rasa tak berapa puas hati, tetapi hendaklah dengan cara yang berhemah,” katanya.

Mengenai perasmian persidangan ketiga-tiga sayap – Wanita, Pemuda dan Puteri – yang kali ini akan dirasmikan oleh ketua masing-masing berbanding amalan sebelum ini oleh timbalan presiden, Khairy berkata ia adalah satu penghormatan kepada setiap ketua sayap.

“Kita masih lagi dengar amanat taklimat Presiden pada hari Selasa (8 Dis), ucapan dasar presiden pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO itu sendiri. Jadi skop untuk mendengar daripada pemimpin utama masih lagi ada, cuma kita buat pembaharuan sedikit pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata ucapan perasmian persidangan Pemuda juga adalah ucapan dasar Ketua Pemuda selepas keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 24 Nov lepas yang memutuskan ketua sayap merasmikan persidangan masing-masing.

Menjelaskan lanjut mengenai jangkaan ucapan penggulungan dilakukan hanya oleh presiden parti sahaja, Khairy bagaimanapun berpendapat ia belum lagi diputuskan secara muktamad dan pertimbangan mengenainya sedang dilakukan dengan mengambil kira pandangan para perwakilan.

“Sekiranya pandangan daripada perwakilan adalah untuk kita satu hati satu suara beri penghormatan kepada presiden, maka itulah keputusannya.

“Kita nak tutup tahun ini dengan satu suara supaya perpaduan parti dipelihara. Jadi kalau kita buka ruang dalam pengulungan itu kepada pelbagai suara yang sekarang ini nampak begitu kontra sekali, ada kemungkinan boleh meninggalkan kesan yang tak berapa molek sebelum kita tutup tirai 2015.

“Dalam keadaan hari ini UMNO mesti bersatu dan kalau berpecah, kita akan menghadapi masalah besar pada pilihan raya kelak. Jadi mungkin inilah cara kita menzahirkan satu hati satu suara,” katanya. – BERNAMA

1 komen

  1. I just like the helpful information you supply for your articles.
    I will bookmark your weblog and check once more here regularly.
    I am fairly sure I will learn many new stuff right here!
    Good luck for the next!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori