Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isteri Pertama Ashraf Muslim...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada aktor dan penerbit Ashraf Muslim atas perkongsian berita gembira...

Donald Trump Pecat Pemangku...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump, semalam, memecat Pemangku Peguam Negara sejak pentadbiran bekas...

Tiada Cadangan Batalkan Cukai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak bercadang untuk membatalkan cukai...

“Bukan Saya Saja Yang...

KUALA LUMPUR - Erra Fazira menyangkal dakwaan tindakan menampilkan Shahir dalam muzik video...

Gereja Terbiar Di Sepanyol Jadi Tempat Main Skate

MADRID – Sebuah gereja klasik di Sepanyol yang sudah lama terbiar dan kemudian tidak pernah digunakan lagi telah diberikan nafas baharu apabila ia kini dijadikan tempat permainan skate atau papan selaju.

Gereja yang berusia 100 tahun itu kini kelihatan lebih hidup menerusi mainan corak terang dan berwarna-warni dengan pelbagai lukisan dinding grafiti menghiasi setiap sudut yang terdapat dalam ruang tersebut.

Mengikut sejarah, gereja yang terletak di Llanera; 468 kilometer dari ibu kota Madrid itu direka oleh seorang arkitek kelahiran Austria, Manuel del Busto asalnya untuk kegunaan ahli perniagaan tempatan di sana.

skate1

Namun, rumah ibadat itu mula terbiar sejak 1930-an lagi sewaktu Perang Saudara Espanola berlaku di negara Eropah itu sehinggalah gereja tersebut mula dibeli sebuah badan amal, Church Brigade pada lewat tahun 2000.


Selepas melakukan beberapa pengubahsuaian, Church Brigade akhirnya memutuskan ingin memberi nafas baharu terhadap bangunan lama itu dan akhirnya tertubuh idea untuk cipta pusat perkumpulan pemain skate.

Mereka memasang ramp (landasan) di tengah dewan ibadah gereja untuk kegunaan penduduk sekitar dapat meluncur dengan papan selaju masing-masing. – MYNEWSHUB.CC

skate4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori