Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Syafiq Kyle Kini Pemilik...

KUALA LUMPUR - Selepas niatnya untuk menjadi pemain bola profesional tidak kesampaian, pelakon...

Helikopter Terhempas, 2 Cedera

SUBANG - Sebuah helikopter terhempas dalam kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz...

Polis Bongkar Makmal Pemprosesan...

KUALA LUMPUR - Polis membongkar dua makmal memproses dadah sintetik berskala besar serta...

Pelantikan Rebecca Jadi Rahmat...

PORT MORESBY (Papua New Guinea) - Pelantikan Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta...

Gomez Jamin Hanya Terbaik Bermain Untuk JDT

KUALA LUMPUR – Senarai lengkap pemain yang akan membarisi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim depan hanya akan diumumkan pada bulan depan.

Ketua Jurulatihnya, Mario Gomez berkata, beliau berharap penyokong JDT akan mengekalkan sokongan walau siapa pun pemain yang bakal diumumkan tersebut.

“Persoalan mengenai nama-nama pemain yang masih kekal atau bakal menyertai pasukan JDT untuk musim 2016 akan diumumkan pada pertengahan pra-musim nanti.

“Para penyokong akan dimaklumkan mengenai nama-nama pemain tersebut pada bulan Januari nanti dan pastinya pemain-pemain JDT tersebut merupakan yang terbaik dan menjadi pilihan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, PBNJ dalam satu kenyataan hari ini menafikan pemain Kelantan, Brendan Gan dan pemain Selangor, Nazmi Faiz musim ini akan menyertai skuad Harimau Selatan pada musim depan.


Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Fahmy Yahya dipetik berkata, cuma seorang pemain tempatan iaitu bekas pemain Pahang, Azamuddin Akil telah disahkan akan menyarung jersi JDT pada 2016. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori