Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Banjir: 1,347 Warga PDRM...

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,347 warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam...

Jasa Akhir Haron Din...

KUALA LUMPUR - "Jasa terakhir Allahyarham Datuk Haron Din adalah keberanian dan ketenangannya...

80% Bomba Labuan Bertugas...

LABUAN Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 89 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan akan...

PKP: Permohonan Buka Lebih...

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk lebih banyak sektor ekonomi dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan...

Pelacur Guna Pas Pelajar; Wanita Nigeria & Uganda Ditahan

GEORGE TOWN – Lima orang wanita warga Nigeria dan dua orang wanita warga Uganda telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang kerana menjalankan aktiviti pelacuran di Jalan Transfer.

Mereka ditahan ketika sedang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu di sebuah hotel murah malam Khamis.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, pemantauan telah dilakukan sejak sebulan yang lalu dan operasi hanya dijalankan pada jam 9 malam Khamis.

Tambahnya lagi, ketika serbuan dilakukan, empat orang wanita tersebut sedang ‘asyik’ melayan pelanggan di dalam bilik manakala dua lagi cuba untuk melarikan diri.


Lebih teruk, mereka semua telah menggunakan pas pelajar untuk menjalankan kegiatan berkenaan dan pihak Imigresen negeri kini sedang menjalankan siasatan ke atas kegiatan itu.

“Kita sedang siasat kemungkinan mereka didalangi sindiket yang terdiri daripada warga tempatan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan. – Sumber: MyMetro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=5XUDworQr1s&w=560&h=315]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori