BRITAIN – Seorang lelaki Britain pergi ke Istanbul dan membelanjakan lebih 3500 pound (RM22,421.29) semata-mata untuk mendapatkan ‘otot idaman’.
Bayaran tersebut adalah untuk Lee Coupland, 31 menjalani pembedahan kosmetik bagi mendapatkan otot abdomen yang sempurna padanya.
“Saya rasa ini adalah pilihan terbaik untuk lelaki, sama seperti perempuan menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara atau mencantikkan hidung mereka,” kata Lee.
Menurut Lee, dia bukanlah lelaki Britain pertama yang menjalani pembedahan kosmetik di hospital di Istanbul.
“Hospital itu memberitahu saya adalah lelaki ke-8 yang mahu jalani pembedahan kosmetik dalam tempoh enam bulan ini,” katanya.
Lee yang mempunyai dua orang anak bagaimanapun menegaskan, pembedahan tersebut tidak boleh dilakukan sebarangan dan tidak sesuai untuk lelaki gemuk.
“Saya perlu menjalani operasi ultrasound yang akan mencairkan lebihan lemak di bahagian abdomen.
“Operasi seterusnya adalah ‘laser lipo’ iaitu doktor membuat parut yang akan memisahkan ‘bentuk otot’ di bahagian abdomen,” jelasnya.
Lee mengatakan dia mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah sebelum menjalani pembedahan kosmetik tersebut.
“Sekarang saya betul-betul rasa gembira dan yakin,” katanya.
Sumber: Mirror.uk
[wpdevart_youtube]xPoIhOsOCZs[/wpdevart_youtube]