HANYA gara-gara membawa air minuman sirap bandung, seorang gadis menjadi bahan lawak di laman makro Twitter.
Semuanya bermula apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Anis Syazleen memuat naik gambar gadis berkenaan sedang membonceng motosikal.
Menerusi gambar itu, gadis berkenaan dilihat mengenakan pakaian dan kasut serba serbi berwarna merah jambu.
“Tudung pink, baju pink, seluar pink, kasut pink tu aku tak kisah tapi aku tak boleh tahan air pun pink,” tulis Anis.
Gambar tersebut membuatkan ramai yang tertawa sekaligus tersebar menjadi viral apabila mendapat lebih 4,365 ‘Retweet’ dan 1,963 ‘Likes’.
Secara kebetulan, gambar tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan tuan empunya badan iaitu Lu-Yun atau @nuyulhuda.
Terasa malu diri diketawakan, Lu-yun kemudiannya memohon agar orang ramai memadam gambar tersebut.
“Salam. Tolong delete post ini. Ini gambar saya. Saya minta maaf. Lepas ni saya bawa air milo pulak. Tolonglah delete,” tulisnya.
Pada masa sama, gadis ini turut mempertahankan dirinya dengan mempersoalkan di mana salah dirinya membawa air sirap bandung.
Alahai, simpati pula kami dengan nasib Lu-yun. Moga netizen di luar sana dapat memenuhi permintaan agar memadam gambar viral  beliau dan tidak lagi bersikap ‘double standard’ terhadap air sirap bandung pada masa depan. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=4YUtZmLRNn0]