Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guard Hospital Tergamak Cabul...

IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang...

Sampel Tulang Haiwan Kolam...

IPOH - Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah...

Pembuat Pau Didakwa Tumbuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pembuat pau didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini...

Pengawal Keselamatan Lemas Menjaring...

PORT DICKSON - Seorang pengawal keselamatan ditemukan lemas ketika menjaring ketam di pantai...

Hayati Sunnah Nabi Muhammad Saw, Jadi Umat Berkualiti Tapi Bersederhana

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam terus menghayati serta melaksanakan amalan dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Menurut Najib, ajaran Islam sebenar Rasulullah SAW adalah ajaran untuk membentuk umat bersederhana, ‘Ummatan Wasatan’, berkualiti, mulia, cemerlang, tidak ekstrem dan adil.

“Alhamdulillah kita dapat sama-sama sambut kelahiran junjungan besar kita Muhammad SAW semalam. Moga kita sentiasa hayati dan amalkan peninggalan Baginda,” katanya dalam laman Facebook dan Twitternya.

Najib turut mengingatkan umat Islam supaya bersama-sama berusaha menjadi ‘Ummatan Wasatan’ dengan berpegang teguh kepada sirah serta menghayati dan mengamalkan peninggalan dan keperibadian Baginda Rasulullah SAW.


Semalam, sambutan Maulidur Rasul kali kedua tahun ini disambut dengan semangat kesatuan dalam kalangan umat Islam selaras dengan tema tahun ini ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.

Sambutan diadakan di seluruh negara termasuk peringkat nasional yang pertama kali diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang dengan dipenuhi acara bagi memperingati jasa dan perjuangan Rasulullah SAW. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori