Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penderitaan Pemandu Bas Dapat...

JOHOR BAHRU - Kesempatan hidup pemandu bas di negeri ini akibat pandemik Covid-19...

Jual Petronas Dan Aset...

KESAL... Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan tidak akan jual...

Tunku Azizah Reka Busana...

MASIH belum tamat lagi berita tentang kegembiraan meraikan perkahwinan puteri tunggal Johor, Tunku...

Eizlan, Natasha Selamat Bernikah

PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat...

Hospital Ampang Kecoh Wanita Baru Bersalin Mahu Bunuh Diri

WARGA Hospital Ampang, Selangor pada Jumaat, digemparkan dengan kejadian seorang wanita baharu bersalin mahu membunuh diri dengan cuba terjun dari tingkat empat hospital itu.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, wanita warga Indonesia itu dikatakan mahu melompat dari tingkap wad bersalin kerana mengalami tekanan perasaan.

Bagaimanapun, nyawa wanita itu dapat diselamatkan apabila tindakannya itu disedari oleh beberapa petugas hospital yang bertindak meluru ke arah tingkap sebelum menarik tangan mangsa.

Pihak hospital awam itu juga terpaksa menghubungi anggota bomba untuk menyelamatkan wanita yang telah berada di luar tingkap tersebut.

hospital ampang

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang, Mazlan Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.33 petang sebelum mengerahkan jentera dan enam anggota ke lokasi kejadian.


“Anggota bomba cuba memujuknya kembali ke dalam bangunan, namun mangsa berdegil malah mahu terjun ke bawah hospital.

“Anggota bomba keluar melalui tingkap bersebelahan untuk menangkap mangsa dan menolaknya ke dalam bangunan semula,” katanya.

Tambah Mazlan, wanita itu kini ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EO9R7qZ1x-Q]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori