Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Leicester Boleh, Kelantan Pun...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Leicester City memenangi Liga Perdana Inggeris menjadi inspirasi buat...

Siswa Beli Nombor Plat...

Bangkok - Seorang siswa universiti berasa bertuah kerana berjaya membida nombor plat kenderaan...

Perintah Berkurung Perairan ESSZone...

SANDAKAN - Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) kali...

Perluasan Penjualan Ujian Kendiri...

PUTRAJAYA - Penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) di pasar raya...

Huawei Berjaya Jual 100 Juta Telefon Pintar Pada 2015

TAHUN ini, kita telah menyaksikan pihak Huawei hadir dengan rekaan peranti yang diminati ramai melalui Mate S, P8, Huawei Watch, mahupun Nexus 6P.

Berkongsi mengenai pencapaian mereka sepanjang tahun 2015 ini, Huawei mengatakan mereka telah menjual lebih daripada 100 juta telefon pintar sepanjang tahun 2015 ini.

Perkembangan ini adalah sesuatu yang sangat sihat untuk pihak Huawei, apatah lagi jikalau dibandingkan dengan tahun 2010 yang lepas, mereka hanya menjual sekitar 3 juta peranti sahaja.

Ini memperlihatkan perkembangan syarikat mereka sebanyak lebih 30 kali ganda.

Pada tahun ini, Huawei telah memperkenalkan Huawei P8, Huawei Mate S, Nexus 6P, Honor 7, Huawei P8 Lite, Huawei G8 dan beberapa peranti lain.


Huawei juga dikatakan menerima maklumbalas positif daripada pengguna mereka, menjadikan mereka antara syarikat dengan kepuasan pelanggan terbaik di dunia.

Dengan perkembangan sihat ini, semestinya ia sesuatu yang menarik untuk melihat apakah bakal diperkenalkan Huawei pada tahun 2016 kelak.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Honor Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori