Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kelantan Tak Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Tiada Diskriminasi Terhadap Minyak...

KUALA LUMPUR – Perancis menyokong pendekatan tiada sekatan dan tiada diskriminasi terhadap minyak...

Tun M Sah ‘Enggan’...

PUTRAJAYA - Ibarat lagu popular band Kerispatih dari Indonesia, Tapi Bukan Aku, ketika...

BN Umum Calon PRK...

KEMAMAN : Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang akan bertanding pada Pilihan...

Hulur ‘Tali Silaturahim’ Untuk Kebaikan UMNO – Mahdzir

ALOR SETAR – Keterbukaan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menghulurkan tali silaturahim kepada PAS demi kepentingan perpaduan, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri itu tidak lain adalah untuk kebaikan parti dan kini terpulang kepada pihak PAS untuk memberikan respons.

“Beliau (Perdana Menteri) dah bagi laluan untuk tujuan penyatuan sebab pada kita perpaduan adalah yang terbaik pada parti, kalau hadapi pilihan raya jadi keutamaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan pakaian sekolah dan penyerahan elaun kepada pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di sini hari ini.

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 Khamis lepas berkata UMNO menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas “disepak dan diterajang keluar” oleh rakan-rakan pembangkangnya.


Ketika diminta mengulas mengenai isu buku teks yang dikatakan tidak cukup di beberapa negeri di utara, Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata buka teks sedang dicetak dan akan dihantar ke negeri terbabit. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]cPTa3dnpu1w[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori