Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Apandi Ketuai Rayuan Keputusan...

PUTRAJAYA - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai pasukan kerajaan dalam...

Tak Boleh Berarak Selepas...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu melarang sebarang perarakan diadakan selepas pengumuman keputusan Pilihan...

Suami Belasah Isteri, Rakam...

KEJAM dan tidak berperi kemanusiaan. Seorang suami, yang membelasah isterinya hingga koma dan...

PAN Gelar Azmin Badut,...

IBARAT hukum karma, tentu ramai masih ingat bagaimana geng Azmin Ali 'serang' Tan...

Ibu Perlu Sokongan, Penyusuan Badan Tak Semestinya Mudah

SUSU ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.

Tanyalah mana-mana pakar kesihatan pun, mereka akan menjawab bahawa menyusukan si kecil adalah cara terbaik untuk para ibu memastikan cahaya mata mereka mendapat makanan pertama paling menyihatkan di dunia ini.

Penyusuan badan juga, adalah satu anugerah semulajadi daripada Tuhan buat kaum hawa yang dicipta memiliki sifat kelembutan dan penuh kasih sayang.

Maka tak hairanlah jika wanita yang peka tentang kebaikan penyusuan badan seperti Wan Nor Adelin Kassim, 38, sudah memasang niat sejak awal mahu menyusukan kesemua cahaya matanya tanpa pergantungan pada susu formula.

smile
Wan Nor Adelin Kassim bersama anak bongsunya.

Namun biarpun menyusukan bayi adalah fitrah seorang ibu, ia bukanlah selalunya mudah. Ramai yang menghadapi masalah pengeluaran susu pada peringkat awal, terutama pada tempoh enam bulan pertama.

Komplikasi pengeluaran susu ini sebenarnya sesuatu yang biasa berlaku, malah ada ibu yang terpaksa mengambil makanan tambahan atau pil untuk merangsang pengeluaran susu sebagai ikhtiar.

Hal ini turut berlaku kepada Wan Nor Adelin sepanjang proses menyusukan keempat-empat ‘hero’ miliknya.

“Alhamdulillah, saya tak pernah alami bengkak susu. Cuma apabila kembali bekerja, pengeluaran susu akan sedikit terjejas.

“Saya tiada diet yang spesifik bagi mengatasinya cuma perbanyakkan pengambilan minuman panas seperti Milo dan Horlicks,” katanya ketika ditemui Mynewshub.

Ditanya adakah masalah tekanan emosi yang sering menimpa para ibu pasca kelahiran menjadi salah satu faktor pengeluaran susu berkurangan, Wan Nor Adelin mengakui kebenarannya.

“Stres memang salah satu sebab susu badan ibu boleh berkurangan termasuk saya, apabila tumpuan mula terbahagi kepada dua iaitu karier dan bayi.

“Tetapi syukur berkat sokongan moral keluarga dan suami, saya berjaya mengatasi masalah tersebut,” imbaunya.


Perunding laktasi, Nor Kamariah Mohamad Alwi, 41, pula berkata, menyusukan bayi bukanlah selalunya mudah kerana ramai menghadapi kesulitan pada peringkat awal.

kamariah
Perunding laktasi, Nor Kamariah Mohamad Alwi, 41.

Justeru para ibu yang mendapati ianya sukar dilakukan tidak harus putus asa dan rasa kecewa kerana bukan cuma mereka yang berasakan begitu.

Hal ini kerana pada enam minggu pertama di mana bekalan susu badan sedang mengadaptasi dengan bayi yang baru belajar menyusu, ibu mungkin alami pembengkakan buah dada yang sangat penuh dan juga mastitis, iaitu radang pada buah dada selain sakit pada bahagian puting.

Bagaimanapun sesetengah wanita dengan mudah menyesuaikan diri dan tidak menghadapi sebarang masalah dengan proses penyusuan badan.

“Para ibu disaran mengambil makanan seimbang yang membekalkan khasiat diperlukan tubuh  termasuk serat, protein dan karbohidrat yang bukan sahaja dapat menambahkan tenaga malah membantu penghasilan susu badan.

“Ini lebih baik daripada bergantung pada pengambilan tablet atau vitamin bagi merangsang pengeluaran susu badan,” sarannya.

Apa pun, pengorbanan seorang ibu bagi memberikan anaknya susu badan dengan sempurna tidak dapat disangkal lagi, sangat berbaloi baik baik untuk dirinya mahu pun si kecil. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori