Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Dilantik Pengerusi Lembaga...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Velodrom Nasional Di Nilai...

PUTRAJAYA - Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan akan...

Budak “Bengkok” Ambil Risiko...

New Delhi - Seorang remaja berusia 17 tahun sanggup mengambil risiko mati atau...

Hebat Sultan Johor Manfaatkan...

SULTAN Johor bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bernilai...

Ingkar Arahan Polis Pengiring Boleh Dikenakan Tindakan

PUTRAJAYA – Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama (VVIP) termasuk enggan memberi laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

“Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.

“Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu…yang utama adalah sebab keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas viral mengenai polis pengiring tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.


Sehubungan itu, Khalid meminta beberapa portal berita yang memainkan isu polis pengiring supaya berhenti berbuat demikian dan menyifatkannya sebagai tindakan mengajak rakyat supaya mengingkari undang-undang.

“Saya minta anda hentikan perkara ini…tiada baiknya, anda mengajak rakyat supaya ingkar undang-undang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zZCRgB6T-pE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori