Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MENARIK! Rumah Lama Di...

Cantik, menarik, tertarik. Kau memang da' bomb... begitu antara bait-bait lagu popular nyanyian...

“Mana Pergi Pen Drive...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan pemimpin DAP,...

Ahlong Bakar Rumah, Whatsapp...

SEBUAH video menunjukkan kebakaran di sebuah flat di Singapura, dilakukan seseorang dipercayai lintah...

Rafizi Ramal Kerjasama UMNO,...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meramal kerjasama ummah antara UMNO...

Iraq Beri Tempoh 48 Jam Tentera Turki Beredar

BAGHDAD – Iraq hari ini memberi tempoh 48 jam kepada askar Turki untuk keluar selepas memasuki negara itu secara haram atau berdepan dengan semua tindakan yang sepatutnya.

Baghdad yang sedang berusaha memelihara kedaulatan negara itu termasuk menerima bantuan asing bagi memerangi Kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa askar Turki dengan kereta kenal dan artileri memasuki Iraq tanpa kebenaran.

“Kita memberi tempoh 48 jam kepada askar ini keluar atau Iraq mempunyai hak untuk menggunakan apa saja tindakan yang diperlukan termasuk bantuan dari Majlis Keselamatan,” kata Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi.

Tentera Turki dilaporkan memasuki Iraq tanpa kelulusan atau pengetahuan kerajaan negara itu.

Turki ini mempunyai pangkalan tenteranya di Wilayah Nineveh untuk melatih tentera sukarelawan Iraq bagi menawan semula Bandar Mosul daripada IS yang mengambil alih sejak Jun 2014.


Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu pula sebaliknya berkata, tenteranya yang berada di Iraq bukannya satu penempatan kem baharu.

“Ia lebih kepada mewujudkan kemudahan latihan untuk membantu tentera sukarelawan untuk melawan pengganas,” katanya. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori