Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penggemar Sukan ‘Jallikattu’ Serang...

NEW DELHI - Penggemar sukan tradisional menundukkan lembu jantan di India menyerang sebuah...

Bekas Calon PRK Didakwa...

SEREMBAN: Seorang suri rumah yang juga bekas calon Bebas Pilhan Raya Kecil (PRK)...

Van Sekolah Terbalik: 3...

KUALA NERUS – Tiga pelajar parah manakala 10 lagi cedera ringan selepas van...

Terima 38,000 Aduan Gangguan...

TANGKAK - Sebanyak 38,236 aduan gangguan hidupan liar dilaporkan penduduk di seluruh negara...

Iskandar Tutup Musim 2015 Dengan Status Juara Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menutup musim 2015 dengan muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Grand Prix (GP) Akhir Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Kemenangan straight set 21-8, 21-10 yang diraih ke atas rakan sepelatih, Chong Yee Han dalam masa 25 minit membolehkannya membawa pulang hadiah RM14,000 manakala Chong terpaksa berpuas hati dengan RM7,200.

Status juara kebangsaan itu melengkapkan kebangkitan Iskandar, 24, musim ini selepas meraih tiga kejuaraan antarabangsa iaitu Siri Antarabangsa Singapura, Siri Antarabangsa Poland dan Cabaran Antarabangsa Switzerland selain menjuarai
kejohanan domestik di Terbuka Perak.

“Saya sangat berpuas hati kerana menamatkan kejohanan penghujung musim ini dengan satu lagi kejayaan. Bagi tahun depan, banyak lagi sasaran yang saya mahu capai untuk diri sendiri,” kata Iskandar selepas perlawanan itu.

Antara sasarannya untuk 2016 adalah sekurang-kurangnya meraih satu gelaran bertaraf GP Emas selain menduduki kelompok 30 pemain terbaik dunia bagi mencerahkan peluang merebut tempat dalam skuad Piala Thomas negara tahun depan.

Dalam pada itu, pasangan Mohd Arif Abdul Latif/Nur Mohd Azriyn Ayub pula melakar kejutan selepas mengalahkan beregu pelapis kebangsaan, Teo Ee Yi/Tan Wee Gieen 11-21, 21-15, 22-20.

Kejayaan itu membolehkan Mohd Arif/Nur Mohd Azriyn mendapat RM22,000 manakala Teo/Tan membawa pulang RM12,000.


Sementara itu, pemain wanita nombor satu negara, Tee Jing Yi membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri untuk merangkul kejuaraan buat kali keempat selepas mengalahkan juara remaja dunia, Goh Jin Wei 21-14, 21-10.

Kejayaan itu membolehkan Jing Yi, 24, membawa pulang RM8,000 manakala Jin Wei, 15, memperoleh RM4,000 sebagai naib juara.

Jing Yi sebelum ini memenangi kejohanan sama sebanyak tiga kali iaitu pada 2010, 2011 dan 2012.

Beregu wanita pelapis kebangsaan, Chin Kah Mun/Chow Mei Kuan pula memenangi acara itu selepas mengalahkan rakan sepelatih, Joyce Choong Wai Chi/Yap Cheng Wen 22-20, 21-10.

Acara beregu campuran pula dimenangi pasangan elit negara, Tan Aik Quan/Lai Pei Jing yang mengalahkan beregu pelapis kebangsaan, Ong Yew Sin/Lee Meng Yean 21-18, 21-10 untuk membolehkan mereka mendapat RM11,000 manakala lawan memperoleh RM6,000.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]FRG59R5Acuc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori