Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

EPL: ‘Ketakutan’ Rangsang Man...

LONDON - Robin van Persie percaya senarai penyerang 'mahal' yang dimiliki Manchester United...

Siling Ruang Pameran Runtuh...

MELAKA - Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian...

TH Nafi Lulus Neelofa...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan memberi kelulusan kepada seorang...

UMNO Pahang Kemuka Usul...

MARAN - Badan Perhubungan UMNO Pahang akan membentangkan beberapa usul pada Perhimpunan Agung...

Islam Untung Jika DAP Perintah Malaysia – Dakwa Lawak Zairil

KUALA LUMPUR – DAP membuat lawak apabila memberi jaminan konon agama Islam akan dapat lebih keuntungan jika kaum Melayu memilih parti itu memerintah Malaysia melalui Pakatan Harapan.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari memberi contoh konon kerajaan DAP Pulau Pinang telah banyak berjasa kepada Islam di sebalik menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

“Berdasarkan rekod prestasi kerajaan Pulau Pinang, bukan sahaja peruntukan agama Islam dilipat gandakan, malah peruntukan tahunan kepada SAR dimulakan.

“Bayaran tahunan diberi kepada guru-guru KAFA dan SAR. Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan RM20 juta untuk tanah perkuburan Islam,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca: PAS Marah DAP Henti Bantuan SAR Milik PAS Pulau Pinang

Juga: Usah Leka Gula-gula DAP Mahu Bantu Masjid

Lagi: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Justeru, Zairil membantah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa masa depan Melayu bakal diperjudi apabila DAP memerintah negara.

Anehnya, PAS Pulau Pinang baru-baru ini membantah keras tindakan DAP menghentikan bantuan kepada SAR negeri itu sebagai balas dendam kepada parti Islam tersebut.


Malah, ketika DAP mempromosikan bantuan kepada pihak masjid, umat Islam di Singapura diperintah parti pengasas DAP melarang azan dengan pembesar suara sejak 1974 lagi.

Najib pada Khamis mengingatkan rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Bumiputera hanya mempunyai dua pilihan dalam landskap politik Malaysia.

Pilihan pertama terus menyokong Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh UMNO atau memberi kuasa kepada Pakatan Harapan yang dikuasai DAP.

Justeru, Najib melahirkan kebimbangan tentang nasib kaum Melayu memandangkan DAP sebuah parti yang menolak dasar kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]MA2OzoqJiUU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori