Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Kuil: Tular Di...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penularan berita palsu dalam pelbagai...

Pendakwa Raya Saudi Temu...

ISTANBUL - Pendakwa raya Arab Saudi pada Isnin bertemu dengan ketua pendakwaan Turki...

Wanita Jatuh Dari Tingkat...

Seremban - Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati selepas terjun dari tingkat lima...

Sultanah Terengganu Mahu UMT...

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disaran supaya melaksanakan lebih banyak penyelidikan...

13 Maut, Bas Mini Dirempuh Komuter Di Jakarta Barat

JAKARTA – Tiga belas orang maut apabila bas mini Metromini yang dinaiki mereka dirempuh komuter elektrik di laluan Kalideres-Grogol berhampiran Stesen Angke, Jakarta Barat di sini hari ini.

Siaran berita televisyen tempatan melaporkan, akibat rempuhan itu bas mini yang cuba melintasi rel komuter berkenaan remuk setelah diseret sejauh 400 meter dalam kejadian 8.48 pagi itu.

Pegawai Hubungan Manusia syarikat KAI Commuter Jabodetabek, Eva Chairunnisa dipetik sebagai berkata bagaimanapun kesemua penumpang komuter terselamat.

Beliau berkata, kerja-kerja mengeluarkan bangkai bas yang tersepit pada bahagian kepala komuter itu masih dilakukan dan pihaknya masih belum boleh membuat kenyataan berhubung punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Seksyen Tambora, Wirdhanto berkata setakat ini polis mengesahkan 13 orang maut manakala tiga lagi parah. Kesemua mereka adalah penumpang bas mini terbabit.


Katanya, kesemua mengsa dihantar ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat dan hospital berhampiran.

Kemalangan itu mengakibatkan laluan menuju ke Angke di Jakarta Barat mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga sekarang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LZjc31ia7DA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori