Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gadis Mati Lemas Gara-Gara...

KATHMANDU - Seorang gadis berusia 15 tahun meninggal dunia akibat amalan adat kuno,...

PKPB Benarkan Ekonomi, Rantaian...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan meskipun...

Nala Si Kucing Popular,...

SESIAPA yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok kucing...

DBKL ‘Gengster’ Jalanan Sebenar,...

KALAU orang awam yang salah parkir, dah dapat agak untuk menerima 'surat cinta'...

UMNO Jangan Beri Peluru Pada Pembangkang

KUALA LUMPUR – Seorang perwakilan UMNO hari ini meminta seluruh anggota UMNO agar tidak memberikan ‘peluru kepada pembangkang untuk menembak UMNO’, yang akhirnya akan memusnahkan parti.

Wakil UMNO Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata sebaliknya, anggota parti perlu bersama-sama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan mengukuhkan UMNO.

“Marilah kita perbetulkan keadaan ini. Jangan tunggu keadaan sudah terlambat. Kita yakinkan rakyat bahawa UMNO masih menjadi harapan mereka,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Shahaniza, yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, berkata yang paling penting sekarang adalah bagaimana mencari titik persamaan untuk menjernihkan kekeruhan yang menyelubungi parti.


Sementara itu, wakil Pergerakan Wanita UMNO, Noraslina Zainal Abidin dalam perbahasannya turut merayu agar ‘keluarga besar UMNO’ itu segera mencari titik persefahaman dan permuafakatan.

Menzahirkan rasa hormat kepada pemimpin utama parti, Ketua Wanita UMNO Bahagian Sembrong, Johor itu dengan penuh kiasan berpantun memohon pucuk pimpinan parti kembali bersatu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HUeZqk2wyGc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori