Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warkah Menyentuh Hati Amitabh...

"USAH biarkan sesiapa membuatkan kamu percaya bahawa panjang pendek kainmu (skirt) menjadi ukuran...

Hon Bertalu-Talu, Lelaki Dibelasah...

KECOH... Sama ada tidak peka atau sengaja cari pasal, video memaparkan seorang lelaki...

SPRM Diminta Siasat Tabung...

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat dakwaan...

CFM Nasihat Waspada Taktik...

KUALA LUMPUR - Forum Pengguna Malaysia (CFM) menggesa pengguna supaya lebih berhati-hati apabila...

Jangan Memburukkan Kristian – Dyana Sofya

KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menganjurkan seminar pemantapan akidah umat Islam bertajuk “Ancaman Gerakan Permurtadan Kristianisasi”.

Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd. Daud berkata, seminar yang dianjurkan oleh UiTM untuk pelajar Islamnya di Melaka baru-baru ini sangat tidak bertanggungjawab kerana memburuk-burukkan agama Kristian.

“Kita sekali lagi dikejutkan dengan tindakan UiTM mengadakan program seminar anti-Kristianisasi. UiTM cawangan Melaka menganjurkan seminar itu pada Sabtu lalu.

“Saya tertanya-tanya dengan logik pihak UiTM dalam perkara ini. Adakah cara untuk menguatkan akidah umat Islam adalah dengan memburuk-burukan agama lain? Adakah Islam perlu memburukan agama lain untuk membuktikan keindahannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dyana Sofya berkata, seminar itu jelas menunjukkan UiTM membenarkan aktiviti provokasi keagamaan yang tidak sihat dan ingin menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia

“Cuba bayangkan sekiranya aktiviti yang sama dilakukan bertajuk anti-Islam di institusi pengajian tinggi? Saya percaya umat Islam akan marah,” tegasnya.


Menurutnya, Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan agama sepatutnya menghormati kebebasan setiap agama dan mengadakan lebih banyak program antara agama (interfaith).

Kata beliau, langkah itu bagi mengalakkan pemahaman, hormat-menghormati, penerimaan dan toleransi agama tanpa kecurigaan antara satu sama lain.

Justeru, beliau menggesa supaya Kementerian Pendidikan Tinggi memantau aktiviti fobia agama itu dan menghentikannya dari berlaku lagi di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

“Selain itu tindakan harus diambil ke atas UiTM yang bertanggungjawab kerana menggalakan aktiviti provokasi keagamaan sebegini. Ini untuk menunjukkan keseriusan pihak kerajaan dalam menolak aktiviti provokasi agama,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]MR8fG46dJls[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori