Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Tetak Jiran...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki cedera parah ditetak dengan sebatang cangkul oleh jirannya dalam...

PKR Kata Mahathir Bakal...

KUALA LUMPUR - Perebutan kuasa yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang yang menganggotai...

Daging Kerbau RM4.3 Juta...

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 335 tan daging...

Pindaan Akta Mahkamah Syariah...

KUALA LUMPUR - Cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965...

Jangan Sampai Kena ‘Checkmate’ Jalan Tugas – KP Sabah

LABUAN – Anggota polis di Sabah dan Labuan diingatkan supaya mengelak daripada terkena ‘checkmate’ oleh orang ramai dalam menjalankan tugas masing-masing.

Dengan menggunakan analogi daripada permainan catur, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berpesan kepada anggota polis agar mereka mengelak daripada “terperangkap di hujung jalan mati” ketika menjalankan tugas kepolisan.

“Checkmate adalah istilah dalam permainan catur. Dalam permainan catur, kita perlu mengelak daripada terkena checkmate, dan ini samalah dengan apabila kita menjalankan tugas.

“Kita perlu mengelak daripada terkandas dalam menjalankan tugas seharian kita. Anda menjadi perhatian orang ramai di semua peringkat.

“Oleh itu, anggota polis, tanpa mengira pangkat, perlu terus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi membolehkan mereka menyelesaikan kes yang dilaporkan orang ramai dengan berkesan,” katanya.


Jalaluddin berkata demikian dalam ucaptama kepada anggota polis Labuan ketika melakukan lawatan kerja rasmi di sini hari ini.

Ketika menegaskan tentang pentingnya pengurusan masa dalam setiap aspek tugas kepolisan, beliau berkata anggota polis tidak boleh melewat-lewatkan tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu kes bagi mengelak daripada dikritik dan dipandang negatif oleh orang ramai.

“Kita perlu sentiasa menambah baik prestasi kita, terutama dalam mengendalikan kes dan dari segi tempoh memberi respons kepada sesuatu kes,” katanya sambil berpesan bahawa anggota polis tidak boleh bersikap berat sebelah dan emosi dalam menyelesaikan sebarang kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori