Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tuan Ibrahim Minta Ahli...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli...

Azwan Ali ‘Berterima Kasih’...

JIKA semalam, Azwan Ali memberi kenyataan balasnya berhubung teguran rakan artis Azhar Sulaiman...

Enam Pelajar Dibelasah Kerana...

HANYA kerana sepasang kasut bola, enam pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di...

Kim Swee Hormati Keputusan...

KUALA LUMPUR - Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee akur dengan keputusan...

Jasad Mangsa Nahas Bas Di Chiang Mai Dijangka Tiba 2.15 Pagi Esok

KUALA LUMPUR – Jasad 13 rakyat Malaysia mangsa nahas bas di Chiang Mai pada Ahad lepas dijadual tiba di pangkalan udara Subang pada 2.15 pagi esok.

Menurut sumber Kementerian Pertahanan, perkembangan terkini menunjukkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C-130 dijangka berlepas dari Chiang Mai pada 10.30 malam ini (waktu Thailand).

Penerbangan ehsan itu akan membawa pulang kesemua 13 jasad sembilan rakyat Malaysia yang cedera serta waris-waris mereka.

Terdahulu, Duta Malaysia di Thailand Datuk Nazirah Hussain berkata waris-waris mangsa yang terkorban itu kini berada di Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital di Chiang Mai.


Mereka turut membantu dalam proses pengecaman mayat.

Menurut laporan berita antarabangsa, bas yang membawa 22 warganegara Malaysia terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan Ahad. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1YVJlXwvyEk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori