Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Amaran Hujan Sangat Lebat...

KUALA LUMPUR: Amaran cuaca peringkat bahaya (merah) iaitu hujan sangat lebat berterusan diramal...

Lepas Isu Tajaan Baju,...

SIAPA sangka hanya kerana isu tidak mendapat tajaan busana bagi konsert Gegar Vaganza...

Dituduh Buka Tudung, Ardell...

SELEPAS beberapa bulan mengenakan hijab, pelakon kecil molek, Ardell Aryana masih lagi dilanda...

Marsha Milan Tidak Sabar...

TIDAK sabar mahu bergelar ibu, Marsha Milan Londoh menganggap pertanyaan orang ramai dan peminat soal...

Jawapan Johan Bila Diajak Ke Tribute Pak Yus Buat Ramai Sebak

SEPERTI umum mengetahui, program Juara Parodi yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat telah pun  dihentikan seketika dan digantikan dengan satu rancangan tribute khas buat pelawak terkenal, Yus (Jambu).

Dalam tribute khas ini, semua rakan pelawak dan artis dijemput sama-sama berkongsi kenangan manis sepanjang mengenali Allahyarham Yus sambil diiringi dengan bacaan doa, sajak, dan nyanyian.

Ternyata, tribute ini penuh dengan emosi dan linangan air mata daripada ramai selebriti dan peminat tempatan yang masih lagi merindukan aura arwah.

Baca: Kisah Kebaikan Hati Arwah Yus Jambu Dan Makcik Tisu..

Screen-Shot-2015-12-05-at-4.07.43-AM

Pada masa yang sama, kami juga tersentuh apabila membaca status yang dimuat naikkan oleh isteri Johan, Ozlyn Wati di Instagram tatkala mengajak suaminya ke tribute tersebut.

“Ajak suami kita pergi.. dia cakap ‘I tak tahu nak buat apa kat sana’. Kita cakap, ‘pergi jelah.. mungkin bila sampai sana you tahu apa yang you nak buat.

“Jawapan dia, ‘Sayang.. I dapat mandikan dia sayang.. dan I rasa itulah perkara yang terbaik yang I dapat buat untuk dia di kali terakhir.

“I dapat tatap muka dia sebelum dia dikebumikan dan I tak dapat tengok lagi muka dia. I nak perform apa lagi??.


“Untuk I kali terakhir I mandikan dia itulah yang I perform untuk dia’..,”  tulis Ozlynn.

Tambah Ozlynn, jawapan Johan itu sekali gus membuatkan keadaan menjadi sunyi sepi.

johanrj-630x630

Dalam pada itu, Ozlynn sempat mengenang pemergian arwah Yus dengan berkata tiada lagi orang yang akan bergaduh dengannya dan membodeknya lawa semata-mata hendak suruh Johan tidur lambat kerana hendak ajak main Playstation 4.

“Tidak ada lagi orang yang hendak hantar ikan pekasam kat mama, tidak ada lagi orang yang mama boleh ungkit mana mangga harum manis mama, mana kasut Adidas mama.” tulisnya lagi.

Selain itu, Ozlynn juga turut mendoakan agar Yus ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=K6zdJ0wsW1k]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori